Alan Parder Newcastle tanduk pemain hull city

Pengurus Newcastle tanduk pemain Hull City

Tindakan Alan Pardew menanduk pemain Hull City, David Meyler di tepi garisan padang pada minit ke-72 membayangi kejayaan cemerlang Newcastle menundukkan pasukan tuan rumah 4-1 malam tadi.

Pengurus Newcastle itu hilang sabar lalu menanduk pemain Hull City, David Meyler di tepi garisan padang pada minit ke-72 perlawanan.

Kejadian itu berlaku selepas Pardew ditolak ketepi oleh Meyler dalam usahanya untuk mengutip bola yang terkeluar padang.

Pardew yang berang dengan tolakan Meyler memberi respon dengan bertindak menanduk pemain itu di muka.

Newcastle dalam reaksi segera mereka menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima lebih-lebih lagi daripada seorang pengurus.

Justeru pengurusan Newcastle malam tadi terus menghukum pengurus Alan Pardew dengan mengenakan denda sebanyak £100,000 (RM550,000.00).

Video Alan Pardew Tanduk Pemain Hull City [Hull City 1-4 Newcastle]

Leave a Reply