Louis van Gaal mendedahkan Manchester United masih memburu seorang lagi penyerang bintang namun menolak kehadiran semula peledak sensasi, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Penyerang antarabangsa Portugal itu menghabiskan masa selama enam tahun di bawah bimbingan bekas jurulatih, Sir Alex Ferguson di Man United sebelum berhijrah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan STG80 juta (RM473.70 juta) pada 2009.

Begitupun, pemain terbaik dunia itu kembali dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu disebabkan kehadiran pengendali baharu di Bernabeu, Rafa Benitez namun Van Gaal berkata dia lebih meminati penyerang Barcelona, Pedro.

“Barcelona memiliki (Lionel) Messi, Neymar dan (Luis) Suarez. Kami perlu menilai pemain-pemain seperti itu,” kata Van Gaal yang dipercayai semakin hampir mendapatkan Pedro dengan nilai perpindahan STG22 juta (RM130.16 juta).

Mengulas keinginan peminat Man United yang mahu bekas pemain pujaan mereka kembali ke Old Trafford, Van Gaal membalas:

“Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana kamu memiliki kelab, Ronaldo dan kemudian kamu mempunyai Manchester United dan berapa banyak United mahu berbelanja.”

Leave a Reply