Pemain Tottenham, Gareth Bale membuat percubaan ke gawang Manchester City dalam aksi pembukaan EPL malam ini.

AKSI pembukaan Liga Perdana Inggeris 2010/2011 menyaksikan Tottenham dan Manchester City sekadar seri tanpa jaringan di White Hart Lane, sebentar tadi.

Bermain di gelanggang sendiri Spurs memiliki banyak peluang untuk memecah kebuntuan gol namun dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gawang City, Joe Hart termasuk peluang terbaik menerusi Jermain Defoe.

Meskipun menurunkan gandingan Carlos Tevez dan penyerang barunya, David Silva namun gagal memberi ancaman ke kubu tuan rumah yang dikawal Heurelho Gomes.

Leave a Reply