Ferguson harap Rooney akhiri kemarau jaringan

Rooney 1,076 minit tanpa menyumbat sebarang gol ALEX Ferguson akur penyerang bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney sendiri hilang punca dan tidak dapat meramal bila kemarau gol yang panjang pernah dialaminya itu akan berakhir. Statistik menunjukkan wira Old Trafford itu sudah 1,076 minit gagal menyumbat gol – baik ketika bersama kelab atau pun sewaktu […]

Continue reading

Hodgson tidak letak sasaran tinggi

BELUM pun kempen liga bermula, pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson sudah mengangkat ‘bendera putih’ dengan menegaskan, dia tidak menjangkakan skuad Reds akan mencabar kejuaraan Liga Perdana England musim ini kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan pasukan barunya. Hodgson bakal menerima kunjungan Arsenal di Anfield hari ini, iaitu perlawanan Liga Perdana pertamanya bersama Liverpool […]

Continue reading

Ferguson intai peluang pintas saat akhir

SIR Alex Ferguson mengarah semua bintang Manchester United bimbingannya bahawa mereka perlu bersedia mengambil kesempatan seandainya Wigan mengejutkan pendahulu, Chelsea pada hari terakhir dramatik musim Liga Perdana Inggeris. Pasukan Ferguson melayan Stoke di Old Trafford dan pasukan bawahan, Wigan berkunjung ke Stamford Bridge, malam ini dengan hanya kemenangan buat United berserta seri atau kemenangan buat […]

Continue reading

Tottenham berjuang pintas Arsenal

PENGURUS Tottenham, Harry Redknapp akur ia memerlukan keajaiban buat pasukannya untuk melonjak mengatasi Arsenal dan mengesahkan penamat tempat ketiga Liga Perdana Inggeris, malam ini. Pasukan Redknapp susah mengesahkan tempat keempat dan kelayakan Liga Juara-juara Eropah yang mengiringinya, selepas menewaskan Manchester City 1-0, Rabu lalu. Tetapi mereka masih boleh mendapat tempat automatik ke peringkat kumpulan kejohanan […]

Continue reading

Chelsea elak tragedi hari terakhir

CARLO Ancelotti memberi amaran kepada pemain Chelsea supaya tidak mudah berpuas hati kerana ini mungkin mengundang tragedi trofi kejuaraan EPL terlepas daripada genggaman mereka. Skuad Ancelotti akan beraksi pada perlawanan terakhir menentang Wigan di Stamford Bridge, malam ini. Chelsea menerajui liga dengan kelebihan satu mata mengatasi Manchester United, yang akan melayani kunjungan Stoke City pada […]

Continue reading

Peluang Man U di tangan Wigan

PENGURUS Alex Ferguson yang sedang mencongak nasib kejuaraan Manchester United malam ini, mengakui hanya Wigan merupakan harapan terakhir mereka. Penyandang juara itu meletakan sepenuh keyakinan terhadap pasukan jiran mereka itu mampu mengubah nasib United, untuk meraih sesuatu yang baik di padang lawan apabila menentang Chelsea. Jika Wigan berjaya, akan wujud peluang besar untuk United kembali […]

Continue reading

Arsenal perit pertahan tempat ketiga

ARSENE Wenger mengakui terkejut dengan prospek Arsenal mungkin kehilangan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris kepada Tottenham. Tottenham bakal mengelak aksi playoff Liga Juara-Juara jika mengalahkan Burnley hari ini manakala Gunners pula kalah di Fulham. Sebelum ini Arsenal merupakan antara calon juara liga, tetapi nasib mereka berubah sekelip mata selepas tiga kekalahan dan sekali seri dalam […]

Continue reading

Tevez sedia robek gawang MU

ROQUE Santa Cruz yakin rakan sepasukannya di Manchester City, Carlos Tevez mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, apabila penyerang Argentina itu bertemu bekas kelabnya Manchester United, hari ini. Tevez dilepaskan secara kontroversi oleh bos United, Sir Alex Ferguson sebelum bermula saingan musim ini. Namun, tahap tumpuan penyerang antarabangsa Argentina itu tidak pernah tersasar, apabila dia menjaringkan 28 […]

Continue reading

Tottenham mampu hancurkan impian Chelsea

SIR Alex Ferguson dan Arsene Wenger mengakui trofi Liga Perdana England kini bakal menjadi milik Chelsea, ketika skuad Carlo Ancelotti berkelebihan empat mata di tangga teratas, pada baki empat perlawanan terakhir. Namun, jika Chelsea mengidamkan kegemilangan buat pertama kali sejak 2006, mereka harus beraksi lebih baik di White Hart Lane hari ini, berbanding apa yang […]

Continue reading

Kejuaraan EPL di tangan Chelsea

Sorotan EPL TIDAK keterlaluan memperkatakan, penyokong setia Blues mungkin sudah berkira-kira melihat pasukan kesayangan mereka, Chelsea akan merangkul kejuaraan Liga Perdana England dan melengkapkan kejayaan berganda pada perlawanan akhir Piala FA bertemu Portsmouth, 15 Mei ini. Empat perlawanan dengan 12 mata sahaja menjadi buruan, aksi yang dipamerkan Chelsea semakin memukau dalam menuju babak akhir perhitungan […]

Continue reading