Berita, Info, Jadual, Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris
Piala FA's tag archives

Chelsea mara ke final
JUARA bertahan, Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 3-0, lewat malam tadi sekali gus mencerahkan peluang skuad The Blues untuk menjulang gelaran berganda buat pertama kalinya. Ketiga-tiga gol Chelsea hadir selepas babak kedua menerusi Didier Drogba minit ke-67, sebelum Florent Malouda menokok gol kedua [...]
Arsenal nyaris disingkir West Ham
ARSENAL mempamer kebangkitan dramatik pada saat akhir untuk menewaskan West Ham 2-1 dan layak ke pusingan keempat Piala FA, semalam. Pasukan bimbingan Arsene Wenger itu hampir sahaja ditunjukkan jalan keluar apabila ketinggalan sehingga pada 12 minit terakhir perlawanan di Upton Park apabila Alessandro Diamanti memberikan jaringan pendahuluan [...]
Manchester United tersingkir awal saingan Piala FA
PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson yang berang, mengugut untuk melakukan pertukaran selepas barisan pemain bintangnya tewas mengejut dalam saingan Piala FA kepada Leeds kelmarin. United tewas 1-0 kepada pasukan yang beraksi dalam divisyen dua pada pusingan ketiga di Old Trafford. Berikutan itu, Ferguson memberi amaran untuk mengubah [...]
Mwaruwari wira City tundukkan Middlesbrough
BENJANI Mwaruwari masih mempunyai masa depan dalam pasukan Manchester City. Demikian jaminan pengurus baru City, Roberto Mancini, selepas pemain itu menyumbat gol kemenangan pasukannya ke atas Middlesbrough 1-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin. Dengan kemenangan itu, ia bererti pasukan City di bawah pimpinan Mancini mempunyai rekod [...]
Jaringan penyamaan Gerrard selamatkan maruah Liverpool
GOL penyamaan ketua pasukan, Steven Gerrard pada minit ke-36 menjadi penyelamat maruah Liverpool dalam pusingan ketiga saingan Piala FA England awal pagi semalam. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Madejski itu Liverpool diikat 1-1 oleh Reading, pasukan yang sedang berada dalam zon bahaya dalam Liga Kejuaraan. Keputusan itu bermakna Liverpool [...]
Everton ke pusingan keempat Piala FA
PEMAIN tengah, Tim Cahill berjaya meletakkan Everton ke pusingan keempat Piala FA apabila menjaringkan gol ke-50 peribadi ketika menumpaskan Carlisle, 3-1 kelmarin. Bagaimanapun, perlawanan di Goodison Park itu menyaksikan pasukan David Moyes terpaksa bergelut untuk menentang lawan dari Liga Satu, selepas Kevan Hurst menggagalkan percubaan [...]
City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan
MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]
Chelsea tidak ambil mudah saingan Piala FA
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti tidak mengendahkan ketiadaan Didier Drogba, John Mikel Obi, Michael Essien dan Salomon Kalou yang menyertai kejohanan Piala Negara Afrika sambil mendakwa kejohanan tersebut diadakan kena pada masanya. Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu berdepan Watford pada pusingan ketiga Piala FA hari ini, sebelum perlawanan [...]
Leeds mampu beri ancaman kepada Man United
PEMAIN tengah Manchester United, Darren Fletcher menegaskan perlawanan Piala FA menentang musuh lama, Leeds hari ini merupakan kebimbangan terbarunya, berbanding memburu kejuaraan berganda, Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara. Leeds, bekas juara bola sepak liga England tetapi kini beraksi dalam divisyen tiga bola sepak tempatan, selepas [...]
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.









