Berita, Info, Jadual, Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris
Laporan's tag archives

Manchester City terus ekori Chelsea
ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua [...]
Chelsea terlalu hebat buat Arsenal
Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]
Blackpool tambah derita Liverpool
NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri malam tadi. [LIHAT CARTA EPL] Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga [...]Bolton 2-2 Manchester United
JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]
Liverpool 2-2 Sunderland
LIVERPOOL terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan Sunderland di Anfield. Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard. Pada satu ketika Sunderland mendahului Liverpool 2-1 selepas [...]
Arsenal 2-3 West Bromwich
ARSENAL menerima tamparan hebat dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas mengejut 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates sebentar tadi. Sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, Arsenal ketinggalan 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk tamat. Arsenal bangkit dengan [...]
Manchester City 1-0 Chelsea
REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]
Chelsea belasah Blackpool 4-0
Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan [...]
Manchester United atasi Liverpool 3-2
DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan [...]
Tottenham 3-1 Wolverhampton
TOTTENHAM menjaringkan tiga dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan untuk menewaskan Wolverhampton 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, lewat malam tadi. Sebelum itu, Steven Fletcher menjaringkan gol di hujung babak pertama bagi membolehkan Wolves mendahului 1-0 sebelum perlawanan berhenti rehat. Namun jaringan penalti [...]
Manchester United 3-0 West Ham
MANCHESTER United kembali memberi tekanan kepada dua pasukan teratas liga, Chelsea dan Arsenal selepas mencatat kemenangan meyakinkan ke atas West Ham di Old Trafford awal pagi tadi. Penyerang United, Wayne Rooney akhirnya menamatkan kemarau jaringan sejak Mac lalu selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan pada [...]
Chelsea 2-0 Stoke City
CHELSEA mengekalkan prestasi cemerlang apabila menewaskan Stoke 2-0 di Stamford Bridge untuk terus berada di persada liga. Chelsea berpeluang untuk berada di depan pada awal permainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti setelah Florent Malouda dikasari Ryan Shawcross. Frank Lampard gagal untuk menyempurnakan penalti tersebut yang [...]
Blackburn 1-2 Arsenal
DUA gol jaringan Theo Walcott dan Andrei Arshavin membantu Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Ewood Park, sebentar tadi. Buat sementara waktu Arsenal kini memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata mengatasi juara bertahan, Chelsea yang beraksi menentang Stoke City di Stamford Bridge malam ini. Jika The [...]
Alex Ferguson merah padam
Manchester United sekadar seri ketika Chelsea dan Arsenal menang besar SIR Alex Ferguson melenting selepas cemburu melihat pesaing lain (Chelsea dan Newcastle) merakamkan kemenangan dengan enam jaringan ketika barisan didiknya, Manchester United hanya sekadar mampu meraih satu mata ketika menentang Fulham, kelmarin. Tambah perit, wajahnya [...]
Manchester City aibkan Liverpool 3-0
PENYERANG Argentina, Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi. James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13. Ia disusuli dengan penyerang [...]
Fulham 2-2 Manchester United
BREDE Hangeland menebus jaringan gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan ketika Fulham bangkit dua kali untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Hangeland bangkit selepas menolak sepakan sudut Ryan Giggs ke gawang sendiri pada minit ke-84 untuk menanduk masuk melepasi Edwin Van der Sar [...]
Newcastle cipta kejutan
Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James' Park. Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas. Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna [...]
Hatrik Walcott akhiri mimpi indah Blackpool
PEMAIN sayap England, Theo Walcott merakamkan jaringan hatrik, malam tadi membantu Arsenal membelasah pendatang baru, Blackpool yang bermain dengan bekalan 10 pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Walcott menyumbat dua kali pada babak pertama dan menambah satu selepas rehat manakala gol lain The Gunners adalah sumbangan Abou [...]
Chelsea berkenduri gol lagi
DUA gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi. Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West [...]
Wigan 0-6 Chelsea
BUAT kali kedua berturut-turut, Chelsea mencatat kemenangan besar 6-0 di tempat lawan, kali ini Wigan menjadi mangsa belasahan selepas West Bromwich turut mengalami nasib sama ketika berdepan anak buah Carlo Ancelotti minggu lalu. Sekalipun tidak menjaringkan gol namun bintang Ivory Coast yang melakar hatrik dalam perlawanan menentang West [...]
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.









