MANCHESTER United mengesahkan perpindahan penjaga gol Argentina, Sergio Romero ke Old Trafford.

Romero menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan United.

Pemain berusia 28 tahun itu dibawa masuk untuk menggantikan Victor Valdes yang dikatakan akan meninggalkan United.

Romero pernah beraksi di bawah Louis van Gaal di AZ Alkmaar ketika pasukan itu memenangi trofi Eredivisie pada 2009.

Sergio Romero manchester united

Beliau turut mewakili Argentina ketika pasukan itu muncul naib juara Piala Dunia 2014.

Beliau menyertai United dalam perlawanan jelajah pra musim United di Amerika Syarikat.

“Saya amat berbangga kerana diberi peluang menyertai Manchester United. Untuk beraksi bersama kelab terkemuka dunia ini adalah ibarat mimpi menjadi kenyataan buat saya.

“Louis van Gaal adalah pengurus hebat dan saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baharu ini,” kata Romero.

Leave a Reply