Chelsea elak tragedi hari terakhir

May 9th 2010 | Posted by admin

CARLO Ancelotti memberi amaran kepada pemain Chelsea supaya tidak mudah berpuas hati kerana ini mungkin mengundang tragedi trofi kejuaraan EPL terlepas daripada genggaman mereka.

Skuad Ancelotti akan beraksi pada perlawanan terakhir menentang Wigan di Stamford Bridge, malam ini.

Chelsea menerajui liga dengan kelebihan satu mata mengatasi Manchester United, yang akan melayani kunjungan Stoke City pada perlawanan diadakan serentak.

Kelebihan aksi di padang sendiri dan menentang pasukan yang sudah tidak mempunyai apa-apa misi, Chelsea merupakan pilihan untuk merangkul kejuaraan pertama, selepas 2006.

Malah, Blues dilihat sebagai pasukan terbaik untuk melengkapkan saingan liga musim ini dengan cemerlang.

Ini kerana Chelsea mungkin menjulang Piala FA buat kali kedua pada perlawanan akhir, minggu depan.

Ancelotti mengakui pasukannya berada pada kedudukan kukuh ketika ini, malah menegaskan bahawa skuadnya akan mengekalkan keupayaan terbaik mereka pada perlawanan terakhir hari ini.

Katanya, perkara itu sangat penting bagi memastikan Blues tidak berputih mata di akhir musim, dengan menyaksikan trofi liga terlepas kepada seteru utama, United.

Begitupun, Ancelotti sedar Wigan mampu memberi ancaman kepada Blues pada pertemuan kali ini.

Pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan awal musim ini, Chelsea kalah kepada Wigan di DW Stadium.

“Chelsea berada dalam situasi yang sangat bagus dan kami mahu mengakhiri musim ini dengan memperoleh mata penuh buat kali terakhir.

“Pasukan ini hanya perlu menempuhi satu sahaja lagi perlawanan.

“Kami boleh menentukan apa nasib yang akan diterima oleh pasukan ini apabila beraksi di laman sendiri, Stamford Bridge. Ia perkara yang sangat bagus.

“Biarpun keputusan masih belum diputuskan, kami mempunyai peluang terbaik untuk muncul juara.

“Ini berdasarkan kepada kecergasan yang dimiliki oleh pasukan, dalam keadaan yang baik dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi perlawanan terakhir ini.

“Sehubungan itu, kami harus bersedia untuk beraksi dalam tempoh 90 minit.

“Kami akan menempuhnya dan berusaha melakukan yang terbaik,” kata Ancelotti.

Related Posts

Lampard gembira tandukan tewaskan Sepanyol

KAPTEN England, Frank Lampard memuji corak persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya selepas menewaskan juara Dunia dan Eropah, Sepanyol dan menyifatkan ia sebagai saat yang paling bermakna dalam kariernya. Pada perlawanan itu, Lampard menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-49 selepas tandukan dari Darren Bent yang terkena tiang [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Tevez calar rekod Chelsea

CARLOS Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan [...]

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]

Chelsea belasah Blackpool 4-0

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.