Chelsea tidak ambil mudah saingan Piala FA

January 3rd 2010 | Posted by admin

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti tidak mengendahkan ketiadaan Didier Drogba, John Mikel Obi, Michael Essien dan Salomon Kalou yang menyertai kejohanan Piala Negara Afrika sambil mendakwa kejohanan tersebut diadakan kena pada masanya.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu berdepan Watford pada pusingan ketiga Piala FA hari ini, sebelum perlawanan liga menentang Hull, Sunderland, Birmingham dan Burnley di sepanjang Januari ketika kejohanan negara Afrika itu berlangsung di Angola.

Walaupun kejohanan Negara Afrika berlangsung selama tiga minggu, Ancelotti berkata, dia tidak akan menolak untuk mengambil pemain baru dari Afrika pada masa akan datang.

Katanya: “Saya rasa apabila pemain beraksi untuk pasukan kebangsaan, ia bukan masalah. Ia sama seperti para pemain di Eropah.

“Setiap pemain boleh beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka. Ia bukan masalah bagi pemain Afrika.

“Ia merupakan peluang terbaik untuk pemain muda membuktikan kualiti mereka. Saya harap mereka akan melaksanakan tugas dengan baik kerana saya percayakan para pemain ini,” katanya.

Apa yang pasti, Ancelotti akan merasai pengalaman pertama cabaran saingan Piala FA hari ini, dan pengurus dari Itali itu sudah bersiap sedia untuk merasai satu perlawanan yang berbeza di England berbanding di Itali.

Di Itali, kejohanan kalah mati tidak dipedulikan termasuk kelab AC Milan dan Juventus, yang pernah dibimbing oleh Ancelotti.

Ramai yang percaya, Piala FA tiada lagi tempat di hati peminat bola sepak England, namun Ancelotti sedar trofi Piala FA masih kekal sebagai satu trofi yang berbaloi dan ini dibuktikan oleh Chelsea musim lalu apabila bangkit dari ketinggalan mengalahkan Everton pada perlawanan akhir.

“Ia pertandingan yang sangat penting di England. Di Itali, Piala Itali tidaklah begitu penting.

“Kami mahu melakukan yang terbaik dan ia merupakan salah satu objektif kami, sasaran kami. Tahun lalu, kami memenanginya. Kami mahu melakukan yang terbaik tahun ini,” katanya.

Ancelotti sudah pasti akan mengambil pengajaran yang pernah dialami oleh Chelsea pada tahun lalu ketika dibimbing Luis Felipe Scolari apabila nyaris terkeluar daripada pertandingan Piala FA.

Chelsea dipaksa seri ketika beraksi di tempat sendiri oleh Southend United, yang hanya beraksi di Divisyen Tiga dan walaupun berjaya memenangi perlawanan ulangan, pengurus dari Brazil itu dipecat sebulan selepas itu.

Ancelotti juga tidak mahu terperangkap dengan jadual perlawanan liga kerana mereka akan berhadapan dengan lawan mudah, tambahan pula mereka masih kekal sebagai pendahulu liga memasuki tahun baru.

“Saya mahu meletakkan pasukan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang dihadapi, walaupun kehilangan beberapa tonggak penting seperti Didier Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael Essien yang beraksi pada kejohanan Piala Negara Afrika,” katanya.

Related Posts

Lampard gembira tandukan tewaskan Sepanyol

KAPTEN England, Frank Lampard memuji corak persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya selepas menewaskan juara Dunia dan Eropah, Sepanyol dan menyifatkan ia sebagai saat yang paling bermakna dalam kariernya. Pada perlawanan itu, Lampard menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-49 selepas tandukan dari Darren Bent yang terkena tiang [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Tevez calar rekod Chelsea

CARLOS Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan [...]

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]

Chelsea belasah Blackpool 4-0

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.