NEWCASTLE United memastikan gelaran Liga Kejuaraan kelmarin selepas mencatat kemenangan 2-0 di Plymouth Argyle, sekali gus memastikan tempat ke liga elit musim depan.

Jaringan babak pertama daripada Andy Carroll dan Wayne Routledge mengesahkan kejuaraan selepas barisan kendalian Chris Hughton itu memastikan kepulangan semula dalam Liga Perdana Inggeris berikutan kemenangan 2-1 di gelanggang Sheffield United, dua minggu lalu.

Hughton yang melepaskan jawatan tetap selepas diberi tugas sementara sebagai penolong jurulatih, melihat anak buahnya melonjak ke tangga teratas dengan 98 mata daripada 44 perlawanan – sembilan maya di depan pasukan tangga kedua, West Bromwich Albion, yang akan mengiringi pasukan kolokan Magpies itu ke EPL musim depan. “Buat pertama kali, barulah kami memikirkan untuk menjuarainya. Kami adalah pasukan sasaran sepanjang musim ini,” kata Hughton.

“Tidak terkata rasa bangga saya terhadap pemain,” kata Hughton yang memuji kekuatan mental anak buahnya dan kemampuan mereka mengejar kemenangan walaupun di bawah tekanan.

“Kami berada di atas sebagai juara dan ini cukup menggembirakan,” kata pemain tengah dan penjaring Kevin Nolan.

Nolan menambah ‘kami mempunyai musim yang cukup hebat menanti di Liga Perdana dan tidak sabar menunggunya’ tatkala beberapa pemerhati turut mencadangkan mereka memerlukan perubahan radikal untuk lebih maju.

Pasukan tangga ketiga terpaksa menghadapi pertarungan playoff – dengan ganjaran bernilai berjuta pound menanti pemenangnya – di antara Nottingham Forest, Cardiff, Leicester dan Swansea yang ketika ini berebut tempat untuk menempah perlawanan itu di Wembley.

Leave a Reply