UPDATE: Newcastle 6-0 Aston Villa

Kevin Nolan menanduk masuk gol kedua Newcastle.KEGAGALAN penyerang Aston Villa, John Carew menyempurnakan sepakan penalti mengundang padah apabila Newcastle segera mengambil peluang dengan menyumbat tiga gol tanpa balas pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park malam ini.

Penjaga gol tuan rumah, Steve Harper menjatuhkan Ashley Young pada minit ke-9 yang membolehkan Villa dihadiahi sepakan penalti, namun Carew mensia-siakan peluang untuk gol awal apabila menyepak tinggi melepasi palang gol.

Tiga minit berselang giliran Newcastle memperoleh peluang dan Joey Barton melepaskan tendangan dari jarak 25 meter untuk gol pertama tuan rumah.

kevin Nolan menambah gol kedua buat Newcastle pada minit ke-31 disusuli jaringan Andrew Carroll pada minit ke-34 untuk membolehkan tuan rumah mendahului 3-0.

Leave a Reply