Manchester United vs Wigan Athletic

vs
September 15, 2012
Score: 4 - 0

Match Report

Manchester United vs Wigan

Manchester United belasah Wigan 4-0

Paul Scholes mencatatkan aksi ke-700 bersama Manchester United dengan membantu kemenangan 4-0 ke atas Wigan di Old Trafford.

Aksi menarik Scholes dengan beberapa cabaran ke atas pihak lawan telah membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol pembukaan yang juga merupakan gol ke-155 miliknya.

Javier Hernandez yang gagal menjaringkan sepakan penalti pada separuh masa pertama telah menyumbat gol kedua United hasil hantaran Alexander Buttner.

Kemudian Buttner menjaringkan gol ketiga pada perlawanan pertamanya bersama United, yang dijangkakan juga akan memberi tekanan kepada Patrice Evra yang kurang menyerlah kebelakangan ini.

Robin Van Persie dimasukkan 19 minit sebelum masa tamat tetapi Nick Powell yang berjaya menjaringkan gol menarik.

Walaupun beliau mengumumkan Van Persie dan Shinki Kagawa cergas untuk beraksi menentang Wigan, Ferguson telah meletakkan kedua-duanya di bangku simpanan menjelang Liga Juara Juara menentang Galatasaray pada hari Rabu.

Dengan ketiadaan Wayne Rooney yang cedera, bahagian serangan telah dimantapkan dengan Hernandez dan Danny Welbeck.

[1-0] m-51: Goal! Manchester United 1, Wigan Athletic 0. Paul Scholes (Manchester United) right footed shot from very close range to the high centre of the goal following a corner.

[2-0] m-63: Goal! Manchester United 2, Wigan Athletic 0. Javier Hernández (Manchester United) right footed shot from very close range to the high centre of the goal. Assisted by Alexander Büttner.

[3-0] m-66: Goal! Manchester United 3, Wigan Athletic 0. Alexander Büttner (Manchester United) left footed shot from a difficult angle on the left to the bottom left corner.

[4-0] m-82: Nick Powell

Home

2. Rafael Da Silva
5. Rio Ferdinand
11. Ryan Giggs
13. Anders Lindegaard
14. Javier HernandezGoal
15. Nemanja Vidic
16. Michael Carrick
17. Nani
19. Danny Welbeck
22. Paul ScholesGoal
28. Alexander ButtnerGoal
Subs
20. Robin Van PersieSub22

Away

2. Arouna Kone
4. James McCarthy
5. Gary Caldwell
9. Franco Di Santo
10. Shaun Maloney
16. James McArthur
17. Emmerson Boyce
21. Ivan Ramis
26. Ali Al Habsi
31. Maynor Figueroa
Subs
14. Jordi GomezSub10