MANCHESTER United tampak bukan tandingan buat Chelsea apabila gah merakamkan kemenangan selesa 3-1 untuk menjulang trofi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

Anak didik Sir Alex Ferguson yang derita pada penghujung musim lalu selepas tewas kepada The Blues dalam perebutan Liga Perdana Inggeris kini menggariskan kesungguhan mereka untuk merampas semula gelaran yang hilang itu dalam perlawanan pembuka tirai ini.

Jaringan daripada Antonio Valencia pada minit ke-41 serta gol pertama Javier Hernandez bagi kelab baru pada minit ke-76 membantu United mendapatkan cengkaman ke atas Chelsea yang meraih gelaran berganda, musim lalu.

Apa pun, Chelsea merapatkan jurang selepas Salomon Kalou menggegar gawang United enam minit sebelum tamat perlawanan tetapi Dimitar Berbatov yang hadir selaku pemain gantian mengesahkan trofi milik pasukannya dengan jaringan ketiga pada minit terakhir permainan.

Ini adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun United memenangi Perisai Sumbangsih dan kini harus berselera menghadapi cabaran EPL yang bermula Sabtu ini.

Berita Harian

One Response to “Man U laung amaran awal buat Chelsea”

  1. nanthakumar says:

    nantha suka arsenal fc……………i like arsenal

Leave a Reply