Manchester United 3-0 Newcastle

DIMITAR Berbatov, Darren Fletcher dan Ryan Giggs menjaringkan gol bagi membolehkan Manchester United memulakan kempen Liga Perdana England dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.

United begitu selesa mengambil peluang ke atas juara Liga Kejuaraan musim lalu dengan menguasai sebahagian besar perlawanan, biar pun ia merupakan malam mengecewakan bagi Wayne Rooney yang masih ketandusan jaringan sejak Mac lalu.

Berbatov menjaringkan gol pertama buat United hasil gerakan pada minit ke-33 perlawanan sebelum Fletcher menyelusuri dengan jaringan kedua menjelang tamat separuh masa pertama.

Pemain gantian, Giggs pula mengukuhkan kedudukan United hasil jaringan, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Selepas semua pasukan selesai mengharungi perlawanan masing-masing, Chelsea selesa mendahului carta liga hasil kemenangan besar 6-0 ke atas West Bromwich diikuti Blackpool yang mengejutkan Wigan 4-0.

Aston Villa dan Manchester United berkongsi kedudukan di tangga ketiga selepas kedua-dua pasukan menang 3-0 perlawanan masing-masing.

Jadual Perlawanan Kedua: 21-24 Ogos 2010

  • Arsenal vs Blackpool
  • Birmingham vs Blackburn
  • Everton vs Wolverhampton
  • Stoke City vs Tottenham
  • West Brom vs Sunderland
  • West Ham vs Bolton
  • Wigan vs Chelsea
  • Newcastle vs Aston Villa
  • Fulham vs Manchester United
  • Manchester City vs Liverpool

Leave a Reply