Berbatov menanduk masuk gol kemenangan Manchester United.

Berbatov menanduk masuk gol kemenangan Manchester United.

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini.

Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada satu ketika sebelum gol kemenangan tuan rumah hadir menerusi tandukan Berbatov pada minit ke-84.

Sebelum itu Berbatov membuka jaringan pada minit ke-42 untuk mendahului Liverpool 1-0 pada babak pertama.

Kedudukan terus kukuh buat anak buah Alex Ferguson apabila satu lagi gol menjelma hasil sentuhan Berbatov minit ke-59.

Namun Liverpool yang enggan menyerah kalah berjaya menyamakan kedudukan apabila Gerrard berjaya menemui gawang sebanyak dua kali pada minit ke-64 dan 70.

Namun harapan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata berkecai apabila Berbatov menanduk masuk gol kemenangan untuk tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Liverpool terus kekal di tangga ke-16 liga manakala United turut kekal di tangga ketiga di belakang Chelsea dan Arsenal. [LIHAT CARTA EPL TERKINI]

One Response to “Manchester United atasi Liverpool 3-2”

  1. […] MANCHESTER United mendahului Liverpool 1-0 pada babak pertama hasil jaringan Dimitar Berbatov dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford ketika ini. [LIHAT LAPORAN PENUH] […]

Leave a Reply