Man City juara EPL 2014
Man City juara EPL 2014

Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2014 selepas menewaskan West Ham United 2-0 dalam perlawanan terakhir musim 2013/2014 di Stadium Etihad.

Samir Nasri menjaringkan gol pertama pada minit ke-39 manakala jaringan kedua menerusi Vincent Kompany minit ke-49.

Liverpool yang turut bersaing merebut gelaran juara EPL musim ini menewaskan Newcastle 2-1 namun terpaksa berpuashati di tangga kedua carta liga, ketinggalan dua mata di belakang Manchester City.

Manchester City juara EPL 2014

Leave a Reply