Manchester City Juara EPL 2012
Manchester City Juara EPL 2011/2012

MANCHESTER City bangkit menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan selepas ketinggalan 1-2 untuk menjulang gelaran Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.

Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.

Dalam perlawanan dramatik malam tadi, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 1-2 sehingga tamat waktu sebenar perlawanan.

Pengadil memperuntukkan tujuh minit masa tambahan perlawanan berkenaan.

Manchester City mendahului hasil jaringan Pablo Zabaleta pada minit ke-39.

Edin Dzeko dan Sergio Aguero masing-masing menjaringkan gol pada waktu kecederaan selepas Queens Park Rangers mempamer kebangkitan untuk mendahului 2-1 pada satu ketika menerusi jaringan Djibril Cisse (m-48) dan Jamie Mackie (m-66).

Kemenangan itu membolehkan Manchester City mengatasi Manchester United (MU) dengan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan mengumpul jumlah mata sama (89 mata).

Ia dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika MU bersiap sedia untuk meraikan gelaran juara buat kali ke-20 selepas menewaskan Sunderland 1-0.

Bagaimanapun impian itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City yang akhirnya menang 3-2 pada waktu kecederaan.

2 Responses to “Manchester City Juara EPL 2012”

  1. […] Alex Ferguson mengucapkan tahniah kepada Manchester City sebagai juara baru Liga Perdana Inggeris namun mengingatkan jiran mereka itu bahawa perjalanan mereka masih terlalu jauh sebelum boleh […]

  2. […] Dua gol yang dijaringkan Edin Dzeko dan Sergio Aguero pada masa kecederaan menyaksikan City menamatkan kemarau selama 44 tahun untuk muncul Juara EPL 2011/2012. […]

Leave a Reply to Manchester City berhak muncul juara – Berita EPL