pengurus epl paling tertekan

Memang setiap pengurus bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di bawah tekanan yang bukan kepalang, namun daripada kesemua mereka yang bersaing, sesetengahnya dikatakan menanggung beban yang lebih berat.

Menjelang permulaam musim baru EPL Sabtu ini, berikut adalah lima pengurus yang dilihat berdepan cabaran besar dalam kerjaya masing-masing.

* Brendan Rodgers (Liverpool)

Rodgers merupakan taruhan pilihan untuk kaki ramal sebagai pengurus yang akan dipecat pada musim ini, bukan saja kerana menjadi bos kelab besar, malah gagal membawa The Reds menyertai Liga Juara-juara.

Beliau terselamat daripada dipersalahkan oleh pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) sebagai punca kemerosotan The Reds serta membelanjakan £117 juta (RM710 juta) untuk membeli sembilan pemain.

Bagaimanapun prestasi kelab itu – sama ada di dalam atau luar negara – mengaibkan dengan salah satu kekalahan mereka ialah di tangan Stoke City, 6 – 1.

Bagaimanapun, FSG sekali lagi menerima rancangan Rodgers untuk mengambil “haluan teknikal baru” dan meluluskan pembelian tujuh muka baru hasil manfaat daripada perolehan £49 juta (RM277 juta) dengan penjualan Raheem Sterling kepada Manchester City.

Rodgers akan bertandang ke Stadium Britannia Ahad ini bersama skuadnya untuk untuk menguburkan mimpi ngeri perlawanan akhir mereka musim lalu di tangan Stoke City.

* Claudio Ranieri (Leicester City)

Pemilik Leicester City (King Power – sebuah syarikat dari Thai) menyokong pengurus baru mereka dalam pemilihan pemain baru tetapi sentimen itu tidak dikongsi penyokong kelab berkenaan.
Ia dapat difahami jika kita melihat kepada rekod dicapai pengurus berusia 63 tahun dari Itali itu.

Menjadi pengurus di Lecester City adalah tugas ke-16 bagi Ranieri. Di luar Engkand, dia pernah dipecat daripada tugasnya sebagai pengurus skuad bola sepak Greece kerana gagal memenangi sebarang perlawanan.

Pengurus sebelum ini, Nigel Pearson mencatatkan satu daripada kenangan termanis kelab itu dan digemari kerana taktiknya yang menyerang lawan di padang.

Kemudian Pearson dipecat kerana “perbezaan asas dalam perspektif” menurut King Power.

Tulang belakang pasukan itu pada musim lalu, Esteban Cambiasso, juga meninggalkan Leicester City dan mungkin menjejaskan kelab itu dengan ketara.

Tiada pilihan lain untuk Ranieri ketika berkunjung ke Sunderland pada Sabtu ini kecuali mencatat kemenangan untuk menarik dukungan peminat.

* Manuel Pellegrini (Manchester City)

Semua orang tahu apa yang dirancang di Stadium Etihad. Jurulatih dari Chile itu akan menamatkan kontraknya dan membuka jalan untuk Pep Guardiola menjadi pengurus pada musim depan.

Pasukan itu membawa Raheem Sterling dengan nilai £49 juta (RM295 juta) selepas prestasi seimbang pada musim lepas.

Pengerusi kelab, Khaldoon al-Mubarak, pada Jun lalu menegaskan mereka akan menjadi “lebih kuat dan berdaya saing”.

Pada masa sama perancangan Pellegrini menjadi tumpuan kerana membiarkan barisan pertahanannya lemah dengan masalah asas, iaitu prestasi Vincent Kompany yang tidak seperti diharapkan.

Manchester City boleh menjangkakan mereka bakal mendapat pengurus baru pada musim depan.

* Roberto Martinez (Everton)

Dengan peruntukan hampir £200 juta (RM1.2 bilion) dibelanjakan untuk 16 pemain baru pada dua musim terakhir, kedudukan Martinez boleh menjadi tidak memihak kepadanya.

Dari segi taktik, falsafah dan goyahnya sokongan penyokong, nasib Martinez kira-kira sama dengan apa dialami Rodgers.

Satu-satunya cara untuk mereka menyelamatkan diri adalah segera meneguhkan keyakinan penyokong dengan kebangkitan di atas padang.

Dengan perbelanjaan yang terhad untuk kelab ini sukar untuk Martinez mendapat sokongan daripada majikannya.

Martinez yakin pedekatannya adalah benar walaupun Everton tergelincir sehingga ke tebing penyingkiran pada musim lalu (tempat ke-11) walaupun pada pusingan pertama mereka berada di tempat kelima.

Everton memulakan kempen musim 2015/16 dengan menentang Watford, namun lapan daripada 10 perlawanan pertama dijadualkan untuk kelab itu adalah berdepan kelab yang berkedudukan di bawah mereka pada musim 2014/15.

* Steve McClaren (Newcastle United)

Pemilik Newcastle, Mike Ashley melihat kepada jangka panjang apabila memperuntukkan £35 juta (RM211 juta) kepada pasukannya, namun ia bukan jaminan bagi McClaren boleh bersenang hati di St James Park.

Antara tekanan utama bekas pengurus England itu ialah menarik semula sokongan dan kepercayaan peminat kepada Newcastle.

Pemain tengah Georginio Wijnaldum, penyerang Aleksandar Mitrovic dan pertahanan Chancel Mbemba mewakili kelompok pemain baru di Newcastle tetapi kelab ini memang bernasib baik dapat kekal dalam Liga Perdana pada musim ini.

Dengan pengalamana diperoleh di England dan membawa FC Twente menjuarai liga Belanda, waktu McClaren perlu diisi bagi memberi kestabilan untuk kelabnya.

Dia juga menggalas misi besar untuk melenyapkan persepsi bahawa berjaya kekal dalam Liga Perdana tidak memadai untuk peminat dan pemilik Newcastle.

Leave a Reply