Wigan 0-6 Chelsea

August 22nd 2010 | Posted by admin

BUAT kali kedua berturut-turut, Chelsea mencatat kemenangan besar 6-0 di tempat lawan, kali ini Wigan menjadi mangsa belasahan selepas West Bromwich turut mengalami nasib sama ketika berdepan anak buah Carlo Ancelotti minggu lalu.

Sekalipun tidak menjaringkan gol namun bintang Ivory Coast yang melakar hatrik dalam perlawanan menentang West Bromwich, Didier Drogba muncul arkitek penting bagi kemenangan bergaya The Blues awal pagi tadi.

Pada babak pertama Chelsea sekadar mendahului 1-0 dengan jaringan tunggal Florent Malouda.

Namun memasuki babak kedua, Chelsea semakin garang dengan menambah lima lagi gol masing-masing dua menerusi pemain kontroversi Perancis, Nicolas Anelka dan penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou.

Satu lagi gol Chelsea dijaringkan oleh Yossi Benayoun pada minit akhir perlawanan.

Secara keseluruhannya, Chelsea sudah menjaringkan 12 gol ketika saingan EPL baru berlangsung dua perlawanan atau 29 gol dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, termasuk kemenangan 8-0 ke atas lawan sama akhir musim lalu untuk merangkul gelaran EPL.

Related Posts

Manchester City terus ekori Chelsea

ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Blackpool tambah derita Liverpool

NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri malam tadi. [LIHAT CARTA EPL] Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Liverpool 2-2 Sunderland

LIVERPOOL terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan Sunderland di Anfield. Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard. Pada satu ketika Sunderland mendahului Liverpool 2-1 selepas [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.