Tottenham sah ke Liga Juara musim depan

May 6th 2010 | Posted by admin

TOTTENHAM Hotspur mengesahkan tempat ke Liga Juara Eropah bagi musim depan selepas menjamin sekurang-kurangnya tempat keempat Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan pesaing utama, Manchester City 1-0 di Eastland sebentar tadi.

Jaringan Peter Crouch pada minit ke-83 sudah cukup buah anak buah Harry Redknapp untuk menyekat harapan City dan kini Spurs masih berpeluang merebut tempat ketiga daripada Arsenal.

Kali terakhir Spurs menyertai Piala Eropah adalah pada tahun 1961 dan mereka berhak untuk menentang antara yang terbaik di rantau ini sekali lagi selepas mempamerkan persembahan bertenaga menerusi penguasaan di sepanjang perlawanan.

Pasukan utara London itu yang bertungkus lumus untuk memenangi perlawanan itu akhirnya berjaya mendapatkan gol yang dinantikan pada minit ke-83 selepas menanduk masuk bola tampanan penjaga gol City, Marton Fulop pada jarak dekat.

Landasan Kejayaan

Mengimbas kecemerlangan Tottenham musim ini, kelab berpengkalan di White Hart Lane itu bermula garang apabila menundukkan Liverpool 2-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemudiaannya anak buah Redknapp membelasah Hull City 5-1 pada perlawanan berikutnya.

Kekalahan berturut-turut kepada pencabar kejuaraan EPL, Manchester United dan Chelsea merencatkan sedikit kedudukan Spurs di awal musim.

Buat seketika Spurs berjaya bangkit dengan membenam Burnley 5-0 namun keupayaan Redknapp sekali lagi teruji apabila tewas 0-3 kepada Arsenal di Stadium Emirates.

Spurs kemudiannya menjadikan Wigan mangsa belasahan menerusi kemenangan paling bersejarah sepanjang musim ini. Menang 9-1 di White Hart Lane.

Pada pertengahan bulan lalu, Spurs berjaya membalas kekalahan di tangan Arsenal dalam aksi di White Hart Lane sebelum menjadikan Chelsea mangsa berikutnya tiga hari kemudian.

Walau pun gagal menandingi kehebatan Manchester United selepas itu namun persembahan konsisten anak buah Redkanpp membuatkan penyokong setia kelab London itu tiada sebab untuk berpaling tadah apabila pasukan mereka kini setanding dengan kelab elit Eropah lain.

Related Posts

Manchester City terus ekori Chelsea

ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Blackpool tambah derita Liverpool

NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri malam tadi. [LIHAT CARTA EPL] Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Liverpool 2-2 Sunderland

LIVERPOOL terus dirundung malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan Sunderland di Anfield. Darrent Bent menjaringkan dua gol buat pasukan pelawat sementara dua gol Liverpool dihasilkan menerusi Dirk Kuyt dan Steven Gerrard. Pada satu ketika Sunderland mendahului Liverpool 2-1 selepas [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.