Liverpool benam Burnley 4-0

April 25th 2010 | Posted by admin

KETUA pasukan, Steven Gerrard menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menang 4-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor lewat malam ini.

Sekali pun menang besar, peluang The Reds untuk memburu slot Liga Juara Eropah musim depan masih belum pasti apatah lagi kejayaan Aston Villa yang turut berjaya mengutip tiga mata penuh dalam satu lagi aksi lebih awal.

Selain Aston Villa, Manchester City dan Tottenham turut menggugat peluang Liverpool untuk ke pentas Eropah bagi musim depan.

Manakala bagi Burnley pula, kekalahan ini menyebabkan kelab berkenaan tersingkir dari saingan Liga Perdana England musim depan.

Selepas Portsmouth, Burnley menjadi pasukan kedua tersingkir, sementara satu lagi pasukan Hull City dijangka menuruti dua kelab tersebut selepas tewas 0-1 kepada Sunderland semalam.

Dalam aksi di Turf Moor, Gerrard membuka jaringan pada minit ke-52 apabila rembatannya terkena Leon Cort dan menewaskan penjaga gol Burnley, Brian Jensen.

Pemain tengah England itu menggandakan jaringan dengan bergaya tujuh minit kemudian apabila mengutip hantaran Alberto Aquilani sebelum melencongkan bola melepasi Jensen.

Maxi Rodriguez menambah gol ketiga buat Liverpool sebelum Ryan Babel menjadikan kedudukan 4-0 sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan.

Related Posts

Tottenham berjuang pintas Arsenal

PENGURUS Tottenham, Harry Redknapp akur ia memerlukan keajaiban buat pasukannya untuk melonjak mengatasi Arsenal dan mengesahkan penamat tempat ketiga Liga Perdana Inggeris, malam ini. Pasukan Redknapp susah mengesahkan tempat keempat dan kelayakan Liga Juara-juara Eropah yang mengiringinya, selepas menewaskan Manchester City 1-0, Rabu [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.