Kesilapan Gerrard beri kelebihan buat Chelsea

May 2nd 2010 | Posted by admin

UPDATE: Perlawanan tamat. Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool di Anfield. Tekanan kini kembali terarah ke atas Manchester United yang wajib menang dalam perlawanan menentang Sunderland di tempat lawan jam 11 malam nanti. Jika Manchester United tewas perlawanan ini, gelaran liga secara automatik menjadi milik Chelsea. LAPORAN PENUH PERLAWANAN LIVERPOOL-CHELSEA

UPDATE: Chelsea terus menekan tuan rumah apabila berjaya menambah satu lagi gol di awal babak kedua menerusi Frank Lampard pada minit ke-54 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

GOL pendahuluan Didier Drogba pada minit ke-33 memastikan Chelsea mendahului Liverpool 1-0 pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris yang dinantikan ramai peminat bola sepak malam ini.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard menolak bola ke belakang kepada penjaga gol, Pepe Reina, namun Drogba yang turut berada berdekatan kawasan gol lebih pantas menyambar peluang dan sempat menggelecek Reina sebelum mudah menolak bola ke gawang yang terbuka luas.

Insiden berkenaan mengingatkan kembali kesilapan Gerrard ketika England menentang Perancis dalam aksi EURO 2004 di mana beliau melakukan kesilapan serupa bagi membolehkan Perancis menyamakan kedudukan ketika perlawanan hampir berakhir.

Dalam aksi di Anfield malam ini, Liverpool bermula garang dan hampir mengecewakan penyokong Chelsea apabila rembatan Alberto Aquilani pada minit ke-10 terkena palang gol.

Pada minit ke-29 Aquilani sekali beroleh peluang terbaik untuk mendahului The Blues namun belum sempat dia melakukan percubaan dalam kotak penalti, Branislav Ivanovic lebih tangkas menyelamatkan keadaan bahaya kubu Chelsea.

Namun segalanya berubah empat minit kemudian apabila Gerrard tersilap jangkaan menghantar bola ke belakang tanpa menyedari Drogba turut berada berhampiran kawasan gol.

Kepantasan penyerang Ivory Coast itu akhirnya membawa padah buat anak buah Rafael Benitez apabila dengan mudah memperdaya Reina sebelum tenang menyepak bola ke arah gawang yang sudah pun terbuka.

Jika Chelsea berjaya mengekalkan rentak perlawanan malam ini, ia bakal memberi berita buruk buat penyokong Manchester United yang ketika ini menaruh harapan untuk memintas Chelsea jika mampu menewaskan Sunderland malam ini.

Related Posts

Lampard gembira tandukan tewaskan Sepanyol

KAPTEN England, Frank Lampard memuji corak persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya selepas menewaskan juara Dunia dan Eropah, Sepanyol dan menyifatkan ia sebagai saat yang paling bermakna dalam kariernya. Pada perlawanan itu, Lampard menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-49 selepas tandukan dari Darren Bent yang terkena tiang [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Tevez calar rekod Chelsea

CARLOS Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan [...]

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]

Chelsea belasah Blackpool 4-0

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.