Chelsea makin tertekan, hanya menang sekali dari 5 perlawanan

December 27th 2009 | Posted by admin

CHELSEA mensia-siakan peluang untuk menjarakkan diri lebih selesa sebagai pendahulu Liga Perdana England apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Birmingham City, semalam.

Biar pun kini memiliki kelebihan lima mata sahaja berbanding pencabar terdekat, Manchester United, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk berada tujuh mata jika menang.

Namun, itu tidak menjadi kenyataan apabila Birmingham yang kini menghuni tangga ketujuh liga memberikan tentangan sengit untuk mengikat kedudukan hingga tamat permainan.

Malah, Chelsea bernasib baik kerana biar pun beraksi 10 pemain selepas Florent Malouda dibuang padang, Birmingham gagal mengambil kesempatan itu untuk mencipta jaringan.

Chelsea sering mengasak sepanjang perlawanan tetapi mendapati penjaga gol Birmingham, Joe Hart terlalu liat untuk ditembusi.

Birmingham turut tidak bernasib baik apabila jaringan Christian Benitez pada babak pertama dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Dengan keputusan ini, Chelsea terus dirundung malang kerana hanya mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan liga terbaru mereka.

Sementara bagi Birmingham, keputusan seri itu bermakna mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.

Jika United menang ke atas Hull City hari ini, Chelsea hanya bakal memiliki kelebihan dua mata sahaja sebelum saingan memasuki tahun baru 2010.

Related Posts

Lampard gembira tandukan tewaskan Sepanyol

KAPTEN England, Frank Lampard memuji corak persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya selepas menewaskan juara Dunia dan Eropah, Sepanyol dan menyifatkan ia sebagai saat yang paling bermakna dalam kariernya. Pada perlawanan itu, Lampard menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-49 selepas tandukan dari Darren Bent yang terkena tiang [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Tevez calar rekod Chelsea

CARLOS Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan [...]

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]

Chelsea belasah Blackpool 4-0

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini. Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.