2 gol Walcott bantu Arsenal dahului Blackpool 3-0

August 21st 2010 | Posted by admin

Theo Walcott menjaringkan dua gol menarik pada babak pertama.

THEO Walcott menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan 39 bagi membolehkan Arsenal mendahului 10 pemain Blackpool 3-0 pada babak pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates malam ini.

Selepas memalukan Wigan 4-0 dalam perlawanan sulung minggu lalu, Blackpool jelas bukan tandingan skuad Arsene Wenger. Layangan kad merah ke atas Ian Evatt pada minit ke-30 memburukkan lagi keadaan buat pasukan pelawat apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Arsenal yang disempurnakan Andrei Arshavin.

Ulang tayang menunjukkan insiden berlaku di luar kotak penalti dan Evatt dilihat cuba memenangi bola. Namun keputusan pengadil adalah muktamad.

Dalam perlawanan lain, Everton mendahului Wolverhampton 1-0 di Goodison Park hasil jaringan Tim Cahill (m-43).

Tottenham Hotspurs pula mendahului Stoke City 2-1 di tempat lawan. Kedua-dua gol Spurs dijaringkan oleh Gareth Bale (m-19 dan 30). Ricardo Fuller menjaringkan gol buat Stoke City pada minit ke-25.

Related Posts

Arshavin mula bosan di Emirates

Wenger keras kepala - Andrey Arshavin ANDREY Arshavin mendakwa pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan mendengar nasihat daripada sesiapa pun di kelab itu. Arshavin yang dibeli Gunners pada harga rekod 15 juta pound (RM75.3 juta) berkata apabila pemain menghadapi masalah, beliau sentiasa memberi sokongan. “Tetapi apabila ia [...]

Masa sesuai Persie tinggalkan Arsenal

BEKAS pemain Arsenal, Cecs Fabregas, memberi amaran kepada Robin van Persie bahawa sekarang adalah masanya sekiranya mahu meninggalkan Arsenal. Teka teki mengenai masa depan van Persie bersama The Gunners menimbulkan tanda tanya apabila kapten Arsenal itu dilaporkan menangguhkan perbincangan untuk menandatangani kontrak baharu sehingga [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Arsenal 2-3 West Bromwich

ARSENAL menerima tamparan hebat dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas mengejut 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates sebentar tadi. Sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, Arsenal ketinggalan 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk tamat. Arsenal bangkit dengan [...]

Blackburn 1-2 Arsenal

DUA gol jaringan Theo Walcott dan Andrei Arshavin membantu Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Ewood Park, sebentar tadi. Buat sementara waktu Arsenal kini memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata mengatasi juara bertahan, Chelsea yang beraksi menentang Stoke City di Stamford Bridge malam ini. Jika The [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.