United perlu menang baki perlawanan

April 11th 2010 | Posted by admin

MANCHESTER United yang akan berkunjung ke Blackburn hari ini, akur kemenangan penuh baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini belum mencukupi untuk mengatasi pendahulu, Chelsea.

United berpeluang memintas pasukan kendalian Carlo Ancelotti dengan kelebihan satu mata, tetapi ia bersifat sementara kerana Chelsea tidak terbabit dalam perlawanan liga hujung minggu ini, hanya melayan Bolton Selasa ini.

Namun skuad Alex Ferguson tampak semakin pulih daripada kekecewaan tiga perlawanan lalu yang menghancurkan impian kejuaraan mereka musim ini.

Bermula dengan kekalahan 2-1 di Munich yang menyaksikan Wayne Rooney ditimpa kecederaan pergelangan kaki, United terus dirundung malang apabila teraju EPL terlepas kepada Chelsea yang menewaskan mereka 2-1 di Old Trafford, hujung minggu lalu.

Bagi tiga perlawanan selepas ini, United bermain lebih awal berbanding Chelsea, memberikan mereka peluang untuk meletakkan tekanan ke atas kelab dari Stamford Bridge itu. Ferguson akui satu-satunya cara untuk muncul juara ialah dengan mengharapkan Chelsea tercicir mata.

“Tumpuan utama kami ialah menang baki perlawanan musim ini,” kata Ferguson. “Ia memang tugas sukar tetapi ia sudah sebati dengan kelab ini yang memang mampu melakukannya.

“Jika Chelsea melakukan kesilapan, dan kami mengumpul mata penuh, memang terlewat bagi mereka untuk mengejar semula. Itu saja kelebihan yang kami ada. Dari segi perlawanan, kedua-dua kelab berdepan lawan sukar.”

Menurut Ferguson, hanya Arsenal yang mempunyai laluan mudah dan ini memberi impak besar dalam situasi sekarang. “Tetapi saya lebih suka berada di tempat Chelsea sekarang, walaupun saya yakin pasti akan berlaku kesilapan di peringkat ini,” kata Ferguson.

Ferguson juga enggan memohon maaf di atas kritikan yang dilemparkan kepada pemain Bayern Munich ketika menang 3-2 ke atas kelab Jerman itu Rabu lalu. Pengurus United itu berang dengan tindakan pemain Bayern mengerumuni pengadil selepas Rafael da Silva mengasari Ribery.

Tindakan itu dikatakan mendorong pengadil melayangkan kad kuning kedua buat da Silva dan Ferguson menggunakan perkataan ‘typical Germans’ (tabiat biasa orang Jerman) dalam kenyataannya kepada wartawan televisyen.

Related Posts

Ferguson tidak cepat melatah

MESKIPUN mencatat keputusan yang kurang menyakinkan dan hanya mampu seri 0-0 dengan Sunderland di dalam perlawanan liga kelmarin, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson tetap tenang dan tidak mudah cepat melatah. Malahan Ferguson tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya serta menganggap nasib hanya tidak menyebelahi mereka pada [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Dimitar Berbatov tunjuk taring

DIMITAR Berbatov bukanlah penyerang yang popular di kalangan peminat Manchester United. NAMUN jaringan akrobatik yang dilakukan Berbatov hujung minggu lalu ketika menewaskan Liverpool 3-2 sudah tentu akan diingati sampai bila-bila tatkala penyerang Manchester United itu sering dikecam musim lalu. Pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik [...]

Berbatov jaring hatrik tumbangkan Liverpool

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson perlu berterima kasih kepada Dimitar Berbatov apabila penyerang Bulgaria menyumbat tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Old Trafford, sebentar tadi. Pada satu ketika, kedua-dua pasukan mungkin menamatkan perlawanan dengan keputusan seimbang 2-2, namun tandukan Berbatov [...]

Manchester United atasi Liverpool 3-2

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.