Manchester United tersingkir awal saingan Piala FA

January 5th 2010 | Posted by admin

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson yang berang, mengugut untuk melakukan pertukaran selepas barisan pemain bintangnya tewas mengejut dalam saingan Piala FA kepada Leeds kelmarin.

United tewas 1-0 kepada pasukan yang beraksi dalam divisyen dua pada pusingan ketiga di Old Trafford.

Berikutan itu, Ferguson memberi amaran untuk mengubah segalanya apabila mereka bertemu Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala Carling esok.

“Kami akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir esok dan kebanyakan pemain yang beraksi tidak akan diturunkan. Anda harus melihat aksi mereka tetapi kami sudah bersedia untuk perlawanan esok.

“Saya mempunyai bayangan pasukan tetapi ia hanya satu atau dua pertukaran yang akan dilakukan,” kata pengurus United itu.

Perwatakan Ferguson tidak membantu menjelaskan kemusykilan selepas pemain pertahanannya, Nemenja Vidic yang tidak beraksi dalam pertemuan dengan Leeds itu kerana didakwa mengalami kecederaan ketika memanas badan.

“Saya tidak boleh memberitahu anda tentang situasi Nemanja,” kata dengan keadaan berang selepas ditanya mengenai pemain pertahanan berpengalaman itu.

Bagaimanapun, Ferguson lebih senang untuk menjelaskan prestasi pasukannya selepas jarang melihat mereka tewas dalam saingan Piala FA menentang pasukan divisyen bawah.

“Saya tidak menjangkakannya, persiapan kami sangat bagus. Saya sangat terkejut dengan prestasi mereka. Kami tidak bermula dengan baik dan Leeds bermula dengan baik.

“Ia sangat mengecewakan. Manusia memang sentiasa membuatkan anda terkejut tetapi saya tidak menjangkakannya.

“Saya tidak merasakan kebanyakan mereka (pemain United) mereka mengharungi hari yang sangat indah.

“Kecuali Antonio Valencia apabila kami memperoleh bola untuk diberikan kepadanya, tetapi ia mengambil masa selama 10 minit bagi melakukannya,” kata Ferguson.

Beckford menjaringkan gol ke-20 musim ini selepas berlari untuk mengambil hantaran sejauh dari Jonathan Howson, memperdayakan pertahanan United, Wes Brown dan melorongkan bola melepasi Tomasz Kuszczak.

“Kami pernah bercakap mengenainya sebelum ini, Beckford memiliki permainan yang bagus.

“Mereka telah tewas kerana lalai. Ia satu jaringan yang teruk buat kami kerana melepaskannya, tetapi keseluruhan aksi kami pada separuh masa pertama sangat teruk.

“Kami tidak beraksi dengan baik dan kualiti hantaran sangat teruk, keseluruhan permainan amat mengecewakan.

“Anda sentiasa menjangkakan kami mampu menjaringkan gol di Old Trafford, aksi kami meningkat sedikit demi sedikit.

“Kami mempunyai banyak peluang di dalam kotak penalti tetapi kami tidak menyudahkannya.” kata Ferguson.

Ferguson juga berdepan risiko dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak England selepas mengherdik pengadil, Chris Foy.

Related Posts

Ferguson tidak cepat melatah

MESKIPUN mencatat keputusan yang kurang menyakinkan dan hanya mampu seri 0-0 dengan Sunderland di dalam perlawanan liga kelmarin, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson tetap tenang dan tidak mudah cepat melatah. Malahan Ferguson tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya serta menganggap nasib hanya tidak menyebelahi mereka pada [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Dimitar Berbatov tunjuk taring

DIMITAR Berbatov bukanlah penyerang yang popular di kalangan peminat Manchester United. NAMUN jaringan akrobatik yang dilakukan Berbatov hujung minggu lalu ketika menewaskan Liverpool 3-2 sudah tentu akan diingati sampai bila-bila tatkala penyerang Manchester United itu sering dikecam musim lalu. Pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik [...]

Berbatov jaring hatrik tumbangkan Liverpool

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson perlu berterima kasih kepada Dimitar Berbatov apabila penyerang Bulgaria menyumbat tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Old Trafford, sebentar tadi. Pada satu ketika, kedua-dua pasukan mungkin menamatkan perlawanan dengan keputusan seimbang 2-2, namun tandukan Berbatov [...]

Manchester United atasi Liverpool 3-2

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.