Era Ferguson bersama MU berakhir 2011

April 21st 2010 | Posted by admin

Alex Ferguson berjaya memenangi dua gelaran Eropah bersama Manchester United.

MANCHESTER United sudah memulakan buruan mencari pengurus pasukan baru selepas Alex Ferguson memberitahu lembaga kelab berkenaan bahawa dia akan meninggalkan pasukan juara itu selepas membimbing mereka semusim lagi.

“Satu musim lagi dan selepas itu saya akan berundur,” kata pengendali berbangsa Scotland itu yang kini tampak mungkin menyudahkan musim dengan nota pilu.

Fergie akan meninggalkan United pada musim panas 2011 – enam bulan sebelum harijadinya ke-70 dan ketika ini sumber dari Old Trafford menegaskan penggantinya belum lagi diputuskan.

United sudah mula mendapat pandangan di kalangan tokoh bola sepak siapa lelaki paling layak bagi tugasan itu dan Fergie sendiri akan memberi input dalam pemilihan nanti.

Jose Mourinho yang kini membimbing Inter Milan jelas calon pilihan utama ketika ini walaupun dia belum dapat meyakinkan kelab Inggeris dia adalah satu pemilihan tepat.

Bekas pengurus Chelsea itu sudah pun memiliki rekod baik dengan memenangi gelaran dan mungkin dapat memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua.

Namun, dia dianggap pengurus yang ‘bersifat jangka pendek’ apabila berada dalam sesebuah kelab – statistik berbeza dengan Fergie yang membina empayar di Old Trafford selama 25 tahun.

Pengurus Barcelona, Pep Guardiola adalah antara calon lain dalam senarai United bersama pengurus England, Fabio Capello, Guus Hiddink, Martin O’Neill dan Arsene Wenger.

Lima calon pilihan ganti Ferguson

FABIO CAPELLO
Memiliki kontrak bersama skuad England sehingga 2012. Akan berusia 65 tahun apabila Fergie berundur.

PEP GUARDIOLA
Lebih sesuai bersama ‘keluarga’ Barcelona dan mungkin mendapati sukar dengan tugasan di kelab lain.

JOSE MOURINHO
Tidak kekal lama bersama kelab. Dua tahun di Porto, tiga di Chelsea dan kini mahu meninggalkan Inter.

ARSENE WENGER
Sudah lima tahun tanpa trofi tetapi kurang digemari di United walaupun ada sentuhan magis.

MARTIN O’NEILL
Ada karisma tetapi gagal mengemudi Aston Villa pecah masuk ke kelompok empat teratas liga.

GUUS HIDDINK
Tidak berminat pengurusan peringkat kelab dan gemar dengan tugasan antarabangsa. Baru dilantik pengurus Turki.

Related Posts

Ferguson tidak cepat melatah

MESKIPUN mencatat keputusan yang kurang menyakinkan dan hanya mampu seri 0-0 dengan Sunderland di dalam perlawanan liga kelmarin, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson tetap tenang dan tidak mudah cepat melatah. Malahan Ferguson tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya serta menganggap nasib hanya tidak menyebelahi mereka pada [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Dimitar Berbatov tunjuk taring

DIMITAR Berbatov bukanlah penyerang yang popular di kalangan peminat Manchester United. NAMUN jaringan akrobatik yang dilakukan Berbatov hujung minggu lalu ketika menewaskan Liverpool 3-2 sudah tentu akan diingati sampai bila-bila tatkala penyerang Manchester United itu sering dikecam musim lalu. Pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik [...]

Berbatov jaring hatrik tumbangkan Liverpool

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson perlu berterima kasih kepada Dimitar Berbatov apabila penyerang Bulgaria menyumbat tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Old Trafford, sebentar tadi. Pada satu ketika, kedua-dua pasukan mungkin menamatkan perlawanan dengan keputusan seimbang 2-2, namun tandukan Berbatov [...]

Manchester United atasi Liverpool 3-2

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.