Alex Ferguson merah padam

August 24th 2010 | Posted by admin

Manchester United sekadar seri ketika Chelsea dan Arsenal menang besar

SIR Alex Ferguson melenting selepas cemburu melihat pesaing lain (Chelsea dan Newcastle) merakamkan kemenangan dengan enam jaringan ketika barisan didiknya, Manchester United hanya sekadar mampu meraih satu mata ketika menentang Fulham, kelmarin.

Tambah perit, wajahnya merah padam apabila Nani gagal menyudahkan sepakan penalti pada lewat babak permainan di Craven Cottage dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 2-2 dalam aksi penuh dramatik.

Tidak cukup dengan itu, pengendali berbangsa Scotland itu juga dilaporkan berdepan hukuman denda 1,000 (RM5,000) kerana memboikot siaran televisyen British, BBC di bawah peraturan baru.

Fergie tidak dapat mempercayai apa dilihatnya apabila Nani yang hadir selaku pemain gantian gagal menyudahkan penalti pada minit ke-87 ketika United mendahului 2-1 sebelum Brede Hangeland menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit terakhir perlawanan.

“Anda membuang dua mata berharga dengan gelagat seperti ini ketika berpeluang mendahului 3-1,” kata pengurus The Red Devils itu.

Ferguson percaya, sepakan penalti Nani yang ditampan penjaga gol Fulham, David Stockdale, menjadi titik tolak permainan itu dan dia meluahkan rasa terkejut apabila pemain sayap Portugal itu mengambil sepakan ketika Ryan Giggs turut berada di dalam padang.

Dan dengan Chelsea berada pada tahap prestasi terbaik selepas menang dua perlawanan pertama dengan keputusan 6-0, Ferguson sedar tercicir jauh daripada pasukan juara bertahan itu di peringkat awal akan memberi kesan besar.

“Kami tak sepatutnya tercicir mata dan kami tercicir mata di sini. Kami tidak dapat lari darinya. Ada peluang untuk mendahului 3-1 dengan baki tiga minit tetapi kami tidak mengambilnya.

“Saya tak rasa kami layak untuk mendahului 2-1 tetapi jika mendapat peluang untuk menamatkan permainan dengan sepakan penalti itu, ia sepatutnya digunakan.

“Ia satu peluang yang terlepas, dan ini memberi semangat kepada mereka, membuatkan penyokong bersorak dan akhirnya mereka mendapat gol penyamaan. Untuk lebih adil, mereka bermain lebih baik di babak kedua.

“Saya rasa Ryan (Giggs) sepatutnya mengambil sepakan penalti itu. Dalam perlawanan tempat sendiri menentang Tottenham dulu, Ryan menjaringkan dua sepakan penalti walaupun Nani turut berada di dalam padang.”

Related Posts

Ferguson tidak cepat melatah

MESKIPUN mencatat keputusan yang kurang menyakinkan dan hanya mampu seri 0-0 dengan Sunderland di dalam perlawanan liga kelmarin, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson tetap tenang dan tidak mudah cepat melatah. Malahan Ferguson tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya serta menganggap nasib hanya tidak menyebelahi mereka pada [...]

Bolton 2-2 Manchester United

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi. Bolton berjaya mendahului United pada minit [...]

Dimitar Berbatov tunjuk taring

DIMITAR Berbatov bukanlah penyerang yang popular di kalangan peminat Manchester United. NAMUN jaringan akrobatik yang dilakukan Berbatov hujung minggu lalu ketika menewaskan Liverpool 3-2 sudah tentu akan diingati sampai bila-bila tatkala penyerang Manchester United itu sering dikecam musim lalu. Pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik [...]

Berbatov jaring hatrik tumbangkan Liverpool

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson perlu berterima kasih kepada Dimitar Berbatov apabila penyerang Bulgaria menyumbat tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Old Trafford, sebentar tadi. Pada satu ketika, kedua-dua pasukan mungkin menamatkan perlawanan dengan keputusan seimbang 2-2, namun tandukan Berbatov [...]

Manchester United atasi Liverpool 3-2

DIMITAR Berbatov menyumbat jaringan hatrik pertamanya buat Manchester United ketika membantu mengatasi musuh tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi menarik di Old Trafford malam ini. Jaringan hatrik itu sekaligus memadamkan kecemerlangan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjaringkan dua gol ketika The Reds cuba bangkit menyamakan kedudukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.