Mancini membara, teruja sambutan peminat City

December 28th 2009 | Posted by admin

ROBERTO Mancini semakin yakin Manchester City mampu menamatkan saingan di kalangan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, musim ini selepas menyaksikan anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 dalam perlawanan sulungnya sebagai jurulatih kelab itu.

Kehadiran pengurus berbangsa Itali itu disambut meriah peminat City, termasuk beberapa pemain yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pengurus, Mark Hughes.

Tapi bekas pengendali Inter Milan itu tegas mengatakan beliau masih belum menyelesaikan sepenuhnya situasi membabitkan Robinho yang dikritik keras dan didakwa menjadi dalang kepada penyingkiran Hughes.

Robinho mengisi kesebelasan utama Mancini manakala sekutu Hughes, Craig Bellamy mengisi bangku simpanan dan pemain Brazil itu jadi perancang gol pertama yang disempurnakan Martin Petrov.

Carlos Tevez memastikan kemenangan menerusi gol masa kecederaan babak pertama walaupun Robinho tidak cukup cergas, dikeluarkan ketika permainan berbaki 20 minit.

Pemain Brazil itu digantikan Bellamy yang disambut bagai wira dan dia mempamer aksi cemerlang hingga hampir menjaringkan gol ketiga City.

Mancini memberi petanda Bellamy mungkin menggantikan Robinho pada perlawanan menentang Wolverhampton, awal pagi esok dan kedudukan Robinho yang dikaitkan dengan perpindahan, masih lagi menjadi isu yang perlu ditangani pengurus baru itu.

Pada masa sama, Mancini tetap gembira dengan perlawanan pertamanya bersama City.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dilakukan peminat sebelum perlawanan,” katanya. “Mereka bertepuk tangan dan saya terharu dengan keadaan itu. Saya hanya boleh membalas sambutan peminat dengan kerja keras dan ketika ini, saya berasakan kami boleh bermain baik dan saya senang di sini.

“Mark adalah pemain yang cukup popular. Di England dan juga di Wales. Dia memang hebat. Saya tidak popular di sini, tapi saya mengukir nama di Itali. Saya sukakan Itali, tapi suasana di sini cukup meriah dan saya gembira berada di sini. Saya sukakan sambutan penyokong England dan pasukan ini.”

Ditanya sama ada sasarannya untuk menamatkan musim di kalangan empat pasukan teratas adalah sesuatu yang realistik, beliau berkata: “Ia bukanlah mustahil tapi kami perlu bekerja keras. Kami perlu berusaha setiap hari.”

Pengurus baru itu berkata Bellamy adalah antara pemain City yang mengalu-alukan kehadirannya.

“Bellamy adalah rakan saya!” katanya. “Saya bercakap dengannya sebelum perlawanan, dua hari lalu dan apabila kami menang, semua pemain gembira.

“Saya berbincang dengannya kerana kami mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari dan saya perlukan semua pemain untuk berada pada tahap terbaik. Hari ini, saya menurunkan Robinho, ada kemungkinan saya menurunkan Craig (awal pagi esok).

“Robinho mempamer aksi kemas. Tapi selepas 65 minit, dia kelihatan penat dan saya perlu memasukkan pemain baru. Saya rasa dia boleh meningkatkan lagi tahap kecergasannya. Itu adalah tugas yang perlu dilakukan dan saya rasa kami perlu meningkatkan tahap kecergasan kami sepanjang minggu ini.”

Related Posts

Manchester City terus ekori Chelsea

ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua [...]

Tevez calar rekod Chelsea

CARLOS Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan [...]

Manchester City 1-0 Chelsea

REKOD tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan berturut-turut akhirnya lebur selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam ini. Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez muncul wira City selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi gerakan solo menarik bermula dari [...]

Manchester City aibkan Liverpool 3-0

PENYERANG Argentina, Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi. James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13. Ia disusuli dengan penyerang [...]

Joe Hart selamatkan City dari kekalahan

JOE Hart menyelamatkan beberapa percubaan bertaraf dunia untuk membantu pasukan yang berbelanja besar, Manchester City membawa pulang satu mata di White Hart Lane apabila mengikat Tottenham 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana England, semalam. Penjaga gol England itu, yang tersenarai dalam kesebelasan utama mengenepikan penjaga gol No.1, [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.