Aston Villa pintas City

April 25th 2010 | Posted by admin

JARINGAN James Milner pada lewat perlawanan menghidupkan sisa-sisa peluang Aston Villa untuk persaingan ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park malam ini.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Birmingham, Roger Johnson menjatuhkan Gabriel Agbonlahor ketika saingan masa sebenar tinggal beberapa minit untuk tamat dan Milner yang ditugaskan mengambil tendangan tidak mensia-siakan peluang untuk menjaring gol kemenangan berharga buat Villa.

Keputusan itu membolehkan Aston Villa memintas Manchester City untuk berkongsi 64 mata dengan Tottenham dan hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan untuk berada di belakang Spurs.

Bagaimanapun City dan Spurs masih kekurangan satu perlawanan, namun persaingan dijangka berterusan hingga ke perlawanan terakhir musim.

Sementara itu dalam aksi yang mencuri tumpuan malam ini, Chelsea sedang mendahului Stoke City 3-0 ketika laporan ini sedang ditulis.

Salomon Kalou menjaringkan dua gol buat The Blues pada minit ke-24 dan 31. Gol ketiga Chelsea dijaringkan oleh Frank Lampard menerusi tendangan penalti.

Jika keputusan ini kekal bermakna Chelsea kembali memintas Manchester United untuk mendahului carta liga.

Dalam satu lagi aksi yang belum berakhir, Liverpool mendahului Burnley 3-0 menerusi jaringan Steven Gerrard (dua gol) dan Maxi Rodriquez

Related Posts

Newcastle cipta kejutan

Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James' Park. Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas. Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna [...]

Newcastle dahului Aston Villa 3-0

UPDATE: Newcastle 6-0 Aston Villa KEGAGALAN penyerang Aston Villa, John Carew menyempurnakan sepakan penalti mengundang padah apabila Newcastle segera mengambil peluang dengan menyumbat tiga gol tanpa balas pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park malam ini. Penjaga gol tuan rumah, Steve Harper menjatuhkan Ashley Young [...]

Chelsea mara ke final

JUARA bertahan, Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 3-0, lewat malam tadi sekali gus mencerahkan peluang skuad The Blues untuk menjulang gelaran berganda buat pertama kalinya. Ketiga-tiga gol Chelsea hadir selepas babak kedua menerusi Didier Drogba minit ke-67, sebelum Florent Malouda menokok gol kedua [...]

City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.