Alex Oxlade-Chamberlain percaya Arsenal kembali ke prestasi terbaik selepas mempamerkan aksi bersahaja menumpaskan Lyon dalam saingan Piala Emirates.

Pemain tengah England itu berada dalam senarai penjaring ketika Gunners selesa mendahului 4-0 sebelum tamat babak pertama pada aksi pembukaan kejohanan itu.

Mesut Ozil dan Santi Cazorla turut meledak gol selepas bersambung babak kedua bagi melengkapkan kemenangan itu dan Oxlade-Chamberlain yakin Arsenal mampu mengekalkan momentum menjelang pertembungan Piala Perisai Komuniti menentang Chelsea minggu depan.

arsenal vs chelsea perisai komuniti 2015

“Enam kosong adalah keputusan hebat buat kami dan ia persembahan baik untuk disaksikan penyokong kami. Perlawanan pertama kami kembali beraksi di Emirates memang penting.

“Kami memerlukan sedikit masa untuk mendapat rentak di awal permainan. Lyon pasukan yang bagus dan mereka mengatur gerakan dengan baik, namun apabila kami meraih gol pertama, kami melepaskan ‘brek tangan’ dan terus mengganas. Kami terus menyerang untuk mendapatkan dua gol pantas serta memberi tekanan kepada mereka.

“Kami boleh turun beraksi dengan baik di sana,” tambahnya.

“Ia perlawanan penting untuk kami dan penyokong-penyokong. Kami teruja menantikan musim baru bermula. Perlawanan Perisai Komuniti penting, tapi buat masa ini kami fokus perlawanan dengan Wolfsburg.

Aaron Ramsey juga turut mencetak nama selaku penjaring menentang Lyon dan pemain tengah Wales itu percaya kemenangan 100 peratus Gunners akan mencetuskan keyakinan bagi mengharungi musim baru Liga Perdana.

“Ia penting untuk kami memulakan kempen dengan baik,” katanya. “Kami memiliki ramai pemain dan skuad yang bagus dan saya berharap semua pemain akan cergas sepanjang musim bagi membuka peluang memenangi Liga Perdana.”

Leave a Reply