undian play-off liga juara eropah 2015-2016

Manchester United Bertemu FC Brugge Dalam Play-off Liga Juara-Juara

MANCHESTER United telah diundi untuk bertemu kelab Belgium, FC Brugge dalam perlawanan timbal-balik untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dalam undian yang berlangsung Jumaat, pasukan Louis van Gaal yang menduduki tempat keempat liga musim lalu untuk layak ke perlawanan play-off akan menjadi hos kepada FC Brugge di Old Trafford pada 18 atau 19 Ogos nanti.

Mereka kemudian akan bertandang ke Belgium seminggu selepas itu untuk perlawanan kedua (25 atau 26 Ogos).

FC Brugge, yang merupakan naib juara Liga Belgium musim lalu, sebelum ini menumpaskan wakil Greek, Panathinaikos dengan agregat 4-2 untuk layak ke peringkat play-off ini.

Bagi United pula, mereka bernasib baik kerana tidak diundi bertemu pasukan yang jauh lebih kuat dan ternama seperti Lazio, Monaco atau CSKA Moscow.

United belum pernah bermain menentang FC Brugge pada peringkat ini.

Sementara itu, juara Scotland, Celtic diundi bertemu juara Sweden, FC Malmo.

Malmo adalah naib juara Piala Eropah pada 1979 dan dua musim berturut-turut menjuarai Liga Sweden.

UNDIAN PLAY-OFF LIGA JUARA-JUARA EROPAH:

> Astana lwn APOEL

> Skenderbeu lwn Dinamo

> Celtic lwn Malmo

> Basle lwn Maccabi Tel-Aviv

> BATE Borisov lwn FK Partisan

> Lazio lwn Bayer Leverkusen

> Manchester United lwn FC Brugge

> Sporting Lisbon lwn CSKA Moscow

> Rapid Vienna lwn Shakhtar Donetsk

> Valencia lwn Monaco

Leave a Reply