Rooney 1,076 minit tanpa menyumbat sebarang gol

Wayne RooneyALEX Ferguson akur penyerang bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney sendiri hilang punca dan tidak dapat meramal bila kemarau gol yang panjang pernah dialaminya itu akan berakhir.

Statistik menunjukkan wira Old Trafford itu sudah 1,076 minit gagal menyumbat gol – baik ketika bersama kelab atau pun sewaktu skuad The Three Lions.

Musim paling buruk baginya sebelum ini adalah 1,002 minit tanpa gol dicatat pada musim 2005-2006 dan dia akan beraksi menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hari ini dengan suasana tertekan untuk berusaha menamatkan kemarau panjang itu.

Gol terakhirnya dalam saingan kompetitif adalah pada lewat Mac lalu ketika dia menjaringkan gol awal ke atas Bayern Munich di Jerman.

Fergie akui ia akan mengganggu fikiran anak buahnya itu walau pun dia tetap gembira dengan prestasi penyerang berkenaan.

“Saya berulang kali berkata, penyerang hidup dengan ledakan jaringan. Bila mereka gagal menyumbat gol, mereka mula merasa gol tidak akan dapat dihasilkan. Dan bila mereka turun ke padang mereka mula berasa tidak yakin menyempurnakan jaringan.

“Apa dilalui Rooney sama seperti penyerang yang lain,” kata Ferguson. Apapun, dia percaya jaringan pasti kembali diraih penyerang itu dan berharap Rooney akan meledak di Craven Cottage nanti.

Leave a Reply