HATRIK Didier Drogba ketika membantu Chelsea mencatat kemenangan terakhir menentang Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge bukan saja membantu The Blues menjulang gelaran EPL bahkan membolehkannya memenangi kasut emas selaku penjaring terbanyak musim ini.

Drogba menjaringkan gol pada minit ke-63, 68 dan 80 seterusnya berjaya mengenepikan pencabar terdekat Wayne Rooney dengan kelebihan tiga gol (29 gol keseluruhan).

Pada saingan musim lalu, anugerah penjaring terbanyak dimenangi seorang lagi tonggak penyerang Chelsea, Nicolas Anelka tetapi hanya menjaringkan 19 gol.

Musim ini Anelka hanya menyumbat 11 gol dalam saingan liga termasuk dua jaringan dalam perlawanan terakhir menentang Wigan.

SENARAI TOP PENJARING GOL EPL 2009/2010
LIHAT CARTA TERKINI EPL 2009/2010 (FINAL)

One Response to “Drogba penjaring terbanyak EPL 2009/2010”

  1. […] Chelsea, Didier Drogba muncul pemenang kasut emas pada musim 2009/2010 dengan meledak 29 […]

Leave a Reply to Robin van Persie Penjaring Terbanyak EPL 2012 – Berita EPL