Chelsea terus memperaga aksi hebat di awal musim Liga Perdana Inggeris 2010/2011.

DUA gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.

Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu.

Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.

Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka.

Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir.

Leave a Reply