Chelsea bermula garang menumbangkan West Brom 6-0 aksi sulung EPL 2010/2011.

Didier Drogba catat hatrik

JUARA bertahan, Chelsea memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila menundukkan West Bromwich Albion 6-0 pada perlawanan sulung musim ini di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Chelsea bermula garang dengan memperoleh gol seawal minit ke-6 menerusi rembatan Florent Malouda sebelum rembatan Didier Drogba menerjah ke gawang pelawat sebelum babak pertama berakhir untuk mendahului 2-0.

Anak buah Carlo Ancelotti terus menguasai permainan pada babak kedua Drogba sekali lagi menemui sentuhan gol 10 minit selepas perlawanan bersambung di babak kedua.

Frank Lampard menambah gol keempat Chelsea pada minit ke-63 sebelum Drogba melengkapkan jaringan hatrik lima minit kemudian.

Malouda yang menyumbat gol pertama The Blues mengakhiri pesta gol tuan rumah pada minit akhir perlawanan yang juga jaringan kedua peribadinya dalam perlawanan berkenaan.

2 Responses to “Chelsea bermula garang”

  1. eszol says:

    chelsea chelsea…..

    drogba ku gagah

  2. bandar bola says:

    Ayo donk maju trus buat CHELSEA…

Leave a Reply