Chelsea vs Blackpool

Chelsea ledak 21 gol, hanya lepaskan satu gol dalam 5 perlawanan

KEDUDUKAN Chelsea di tangga teratas Liga Perdana Inggeris terus kukuh selepas membelasah pasukan baru, Blackpool 4-0 di Stamford Bridge awal pagi ini.

Pesta gol Chelsea dimulakan oleh Salomon Kalou seawal minit kedua perlawanan sebelum Florent Malouda menggadakan jaringan 10 minit kemudian.

Peledak utama Chelsea, Didier Drogba turut memahat nama selaku penjaring gol menerusi jaringannya pada minit ke-30.

Malouda menjaringkan gol kedua peribadi dan jaringan keempat pasukan tuan rumah empat minit sebelum perlawanan berhenti rehat.

Leave a Reply