Theo Walcott menjaring gol pertama buat Arsenal dalam aksi EPL menentang Blackburn.DUA gol jaringan Theo Walcott dan Andrei Arshavin membantu Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Ewood Park, sebentar tadi.

Buat sementara waktu Arsenal kini memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata mengatasi juara bertahan, Chelsea yang beraksi menentang Stoke City di Stamford Bridge malam ini.

Jika The Blues berjaya menewaskan Stoke City, pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu kembali mengambil alih kedudukan teratas liga daripada Arsenal.

Di Ewood Park, Blackburn berjaya memberi saingan kepada Arsenal namun gagal menghalang The Gunners daripada menyumbat gol awal menerusi rembatan The Walcott pada minit ke-20.

Tujuh minit kemudian, saingan kembali sengit apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mame Biram Diouf.

Kedudukan 1-1 yang kekal sehingga tamat separuh masa pertama bagaimanapun kembali berubah selepas perlawanan bersambung selepas rehat.

Andrei Arshavin menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-51 bagi memastikan Arsenal pulang dengan tiga mata penuh.

Leave a Reply