Arsenal juara perisai komuniti 2015

Arsenal 1-0 Chelsea | FA Community Shield 2015

PENANTIAN panjang Arsenal untuk menewaskan Chelsea akhirnya tercapai apabila pasukan itu menang 1-0 untuk menjuarai saingan Perisai Komuniti pada Ahad.

Kemenangan itu juga merupakan satu kejayaan perang psikologi antara jurulatih kedua-dua pasukan iaitu, Jose Mourinho dan Arsene Wenger.

Perlawanan yang menjadi tanda kepada pembukaan Liga Perdana Inggeris musim 2015-16 itu berlangsung sengit di Stadium Wembley.

Arsenal memperoleh kemenangan tersebut menerusi jaringan tunggal Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-24 selepas mengharungi 14 percubaan berdepan Chelsea sebelum ini.

Dalam perlawanan itu juga Wenger menurunkan bekas penjaga gol utama Chelsea, Petr Cech yang baru menyertai kelab itu pada musim ini.

Arsenal juara perisai komuniti 2015

The Blues yang mendapat sentuhan bekas penyerang pinjaman Manchester United, Radamel Falcao pada babak kedua turut gagal menggegarkan jaring gawang Arsenal sepanjang perlawanan.

Selain itu, kelibat Murinho dan Wenger yang masih menyimpan dendam antara mereka turut menjadi perhatian selepas perlawanan tamat.

Mourinho kelihatan melulu memasuki bilik persalinan sebaik sahaja perlawanan tamat kerana ingin mengelak daripada bersalaman dengan Wenger.

Bagaimanapun ketika Mourinho bersalaman dengan pemain Arsebal selepas mereka dikalungkan pingat, Wenger pula melarikan diri daripada bertemu dengan jurulatih kelahiran Portugal berkenaan.

Mereka dikatakan berlakon seperti tidak pernah mengenali antara satu sama lain selepas insiden tolak-menolak pada musim lalu.

Arsenal 1-0 Chelsea perisai komuniti 2015

Arsenal 1-0 Chelsea perisai komuniti 2015

Leave a Reply